Friday, August 31, 2007

250 Gm

Semalam masa hantar lauk katering kat Putrajaya,mulut nie ringan je nak tanya En Hathim tu ..."En Hathim,kitaoang nie ada tanam cendawan ...Encik nak beli tak?" " Nanti saya tanya orang rumah saya dulu ye...Kalau saya memang nak..." 10.34 malam En Hathim call kata nak 250 gram...Bersamaan dengan 25 pek cam kat kedai tu...Time Kasih encik Hathim sebab bagi peluang usahawan bumiputera untuk meniti lorong kejayaan...Amin...

Lelaki Ini..

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimuYang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Thursday, August 30, 2007

Tak Rugi...

Alhamdulillah tadi dapat dengar taklimat dari Pn Normah. Hari nie ambik cuti semata-mata nak hadir taklimat nie. Tak rugi cuti rasanya sebab banyak info dapat diperolehi dari taklimat tadi.(Nanti kita share sikit demi sedikit yek)...Tak rugi gak cuti sebab dapat jumpa Pn Normah Ibrahim malah paling best dapat jumpa Izwan dari (http://projekcendawan.com/) dapat sembang dengan dia, dapat salam dia... Terasa cam jumpe artis la pulak. Lagi, dapat jumpa Azhari (http://e-cendawan.blogspot.com/) ...Jumpe member lama - Mohd Shahrizam @ botak (member Bob Najmi jugak) dan dapat contact no Abby (member sekolah yang sekarang kerja kat Bangunan Wisma Tani tu) daripada botak. Kesimpulannya tak rugi walaupun masuk lewat sikit ke Class akibat jalan kat Putrajaya yang banyak ditutup ekoran daripada acara untuk malam nie dan esok - 31 Ogos 2007. Parking pun susah gak ye kat Putrajaya. Apa-apa pun terima kasih Puan Normah.

Friday, August 24, 2007

Urgent - Pekerja Part Time Dikehendaki..

Sesiapa yang memerlukan kerja part time dalam bidang katering diminta segera menghubungi no 013-3910203 pada hari ini juga.(24 Ogos 2007 ).Terima kasih.

Sunday, August 19, 2007

5 Kisah...

7 Hari Seminggu..
Minggu lepas tiap-tiap hari lalu jalan yang sama.Sabtu,ahad pun kena datang kerja.Tak pe la...boleh claim cuti.Guna untuk gi taklimat Mushroom kat Putrajaya 30 Ogos nanti.Puan Normah Ibrahim...Tungguuuuuuuu...

Hero..
Tak dapat habiskan masa ngan hero sorang tu sangat dirumah.Tapi banyak abiskan masa ngan dia kat atas jalan.Yang paling penting PUAS...Puas sebab dapat bersama ngan dia walaupun penat dukung dan melayan kerenah dia..Makin petah bercakap.Dia ingat je apa org cerita.5,6 jam pas tu dia ulang balik apa yang kita dok sembangkan.Sebab tu la org kata masa kecik nie la senang nak ajar bebudak.Ingatan dia sangat kuat pada waktu nie...Saaayang Danish...Muahhhhhh.....Oppss...untuk Ummi Danish gak...Muah..Muah..Muah..

Umah Mushroom..
Mushroom pun tak sempat jengok.Begitu sibuknya minggu lepas.Badan usah cakap..Letihnya..Risau pintu rumah Mushroom belum siap sepenuhnya lagi.Padahal bukan banyak pun lagi..Tak baik pulak kalau kata tak cukup masa...Cuma tak dapat nak uruskan masa ngan baik..InsyaAllah,Akanku Usahakan sehingga siap...Shukran Abah...

e-Book & Video Tanaman Cendawan secara Komersial
Tadi sms ngan Izwan ( http://projekcendawan.blogspot.com/ ) pasal tempahan e-book ngan vcd yang masih tak sampai ke tangan.InsyaAllah hari nie katanya sampai.Tak sabar rasanya nak tonton vcd tu...Tadi jugak pesan ngan dia agar doakan semangat dan kejayaan aku sama cam dia..InsyaAllah dan dia mintak agar jangan terputus hubungan untuk sama-sama bina rangkaian dalam bidang cendawan nie..Terima Kasih Izwan...

hAppY bIrThDay bAlQis & aWaTif..
Moga cepat besar,dipanjangkan umur,murah rezeki,jadi org berguna,blajar pandai2,jgn nakal2,jgn lupakan papa,ummi yan dan danish muqri...Kek untuk korang berdua...



Friday, August 17, 2007

Hati,Cinta & Rindu...

Wahai MAHA PENGASIH, jika aku jatuh cinta, benihkan cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cinta kepada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu, wahai MAHA PENYAYANG, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati orang yang tertaut kepada-Mu, agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah, wahai MAHA PENYAYANG, jika aku rindu, rindukanlah aku kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU, wahai MAHA PENYAYANG, jika aku rindu, jagalah rindunya kepadaku, agar aku tidak lalai merindui syurga-Mu sebenar..........

Thursday, August 16, 2007

Kadangkala Kita Terlupa...

Rukun Islam

1.Mengucap 2 kalimah syahadah dan mengaku bahawa Allah itu Esa dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah.
2.Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3.Berpuasa di bulan Ramadhan.
4.Mengeluarkan zakat.
5.Menunaikan Haji bagi mereka yang mampu.

Rukun Iman

1.Percaya kepada Allah Taala
2.Percaya kepada Nabi dan Rasul Allah
3.Percaya kepada Malaikat
4.Percaya kepada Kitab
5.Percaya kepada Hari Akhirat
6.Percaya kepada Qada dan Qadar

Lumrah manusia..Kadangkala kita terlupa perkara asas dalam hidup kita.Oleh itu, sebelum menyuntik benih cendawan ke beg media,perkara asas yang perlu kita ingat ialah pastikan keadaan diri sentiasa bersih dari segala kekotoran.Jumpe lagi...

Tuesday, August 14, 2007

Bermulanya di sini...

















"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..?
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Salam perkenalan buat semua...