Thursday, August 30, 2007

Tak Rugi...

Alhamdulillah tadi dapat dengar taklimat dari Pn Normah. Hari nie ambik cuti semata-mata nak hadir taklimat nie. Tak rugi cuti rasanya sebab banyak info dapat diperolehi dari taklimat tadi.(Nanti kita share sikit demi sedikit yek)...Tak rugi gak cuti sebab dapat jumpa Pn Normah Ibrahim malah paling best dapat jumpa Izwan dari (http://projekcendawan.com/) dapat sembang dengan dia, dapat salam dia... Terasa cam jumpe artis la pulak. Lagi, dapat jumpa Azhari (http://e-cendawan.blogspot.com/) ...Jumpe member lama - Mohd Shahrizam @ botak (member Bob Najmi jugak) dan dapat contact no Abby (member sekolah yang sekarang kerja kat Bangunan Wisma Tani tu) daripada botak. Kesimpulannya tak rugi walaupun masuk lewat sikit ke Class akibat jalan kat Putrajaya yang banyak ditutup ekoran daripada acara untuk malam nie dan esok - 31 Ogos 2007. Parking pun susah gak ye kat Putrajaya. Apa-apa pun terima kasih Puan Normah.